Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Lelaki Benci Laungan Azan Terlalu Kuat Di Masjid

$
0
0

Satu salinan surat aduan yang tersebar di laman media sosial berkenaan bantahan terhadap laungan azan dari sebuah masjid di Tanjung Bunga, Pulau Pinang.

Tindakan itu kemudiannya mencetuskan kemarahan umat Islam berikutan kandungan surat yang ditulis itu bersifat provokasi.

Melalui kandungan surat tersebut, ia dikatakan ditulis oleh individu yang dikenali sebagai sebagai Ivan Goh Lee yang antara lainnya meluahkan kebencian kerana mendakwa laungan azan yang dipasang terlalu kuat.

Beliau turut dikatakan mendakwa tindakan itu telah mengganggu keselesaan penduduk setempat.

“Saya tidak takut sekiranya ada dikalangan kamu yang akan mengugut saya atau mengarahkan 100 orang untuk menyerang rumah saya kerana Malaysi mempunyai undang-undang.

“Saya benci bila bunyi pembesar suara yang melaungkan azan terlalu kuat mengganggu orang lain,” memtik kandungan surat yang tersebar itu.

Turut tertera dalam surat itu beberapa perkataan kesat yang menghina Islam serta cabaran terbuka kepada siapa sahaja yang berani supaya datang berdepan dengannya.

Penulis surat itu juga memberitahu akan memanjangkan aduannya itu kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) supaya tindakan memusnahkan masjid tersebut dapat dilakukan.

Bagaimanapun kesahihan surat itu sama ada ia ditulis oleh individu terbabit atau sebaliknya masih belum dipastikan.

Dalam perkembangan yang sama, laman sesawang the hypemedia melaporkan NGO Perkasa Pulau Pinang akan membuat laporan polis supaya perkara ini disiasat dan tindakan bersesuaian dapat diambil.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997