Lapan remaja berusia dalam lingkungan 20an diberkas polis dipercayai terlibat dalam kes rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Inanam, pagi tadi.
Dalam kejadian di kawasan Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu itu, 4 remaja perempuan dan 4 remaja lelaki merompak kedai 7-Eleven ditangkap awal pagi tadi.
Difahamkan, berlakunya adegan kejar mengejar selama empat puluh minit di antara polis dan suspek yang menaiki kereta Proton Wira.