Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(3 Gambar) Amar Baharin Cedera Ditumbuk Pelakon Baru

$
0
0

Pelakon Amar Baharin mengalami kecederaan dibahagian kening akibat ditumbuk oleh seorang pelakon baru ketika menjalani pengambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika dia bersama 10 orang pelakon tambahan yang lain berlakon dalam babak aksi dan telah terkena tumbukan salah seorang dari mereka iaitu Redza.

“Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

“Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit,” katanya.

Bagaimanapun Amar, 30, meminta agar doktor tidak menjahit lukanya sehingga dia selesai menjalani pengambaran drama arahan Rashid Sibir itu.

Amar juga memaklumkan, drama adaptasi novel berjudul Cik Bunga Encik Sombong yang akan memulakan pengambaran pada Isnin akan ditangguhkan sehingga lukanya sembuh.

“Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.

“Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut,” ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997