Wan Ainuddin Hilmi dari Kelantan muncul juara qari manakala Siti Husnaa Hassan dari Pahang muncul juara qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) malam ini.
Johan keseluruhan dimenangi negeri Pahang dengan markah 85.51 peratus.
Keputusan kemenangan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.