Angka korban akibat kejadian gempa bumi kuat di Nepal hari ini kini meningkat melebihi 565 nyawa menurut polis negara itu.
“Jumlah korban berdasarkan rangkaian maklumat polis di seluruh negara,” kata jurucakap polis kebangsaan negara itu, Kamal Singh Bam kepada agensi berita AFP.
“Kematian dilaporkan daripada semua wilayah di negara ini kecuali di kawasan barat jauh. Semua anggota keselamatan telah dihantar bagi kerja-kerja menyelamat dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya lagi.
Sebelum ini jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal, Laxmi Prasad Dhakal berkata kepada AFP sekurangnya 114 orang menjadi korban.
“Di Kathmandu, sehingga kini angka kematian mencecah 71 orang,” maklum Laxmi.
Katanya lagi 43 lagi kematian dicatatkan di wilayah Bhaktapur.
Pusat Kajian Gempa Amerika Syarikat (USGS) sebelum itu berkata gegaran kuat dirasai di negara Banjaran Himalaya itu dan sebahagian kawasan di India.
Beberapa kerosakan dilaporkan berlaku termasuk laporan bangunan runtuh di Kathmandu.