Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Black Masih Tunggu Permohonan Maaf Individu Hina Anaknya

$
0
0

Penyanyi Black masih lagi menunggu individu yang menghina anaknya, Khaleef Dayyan di lama Instagram, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut dikenakan kepada penuntut universiti tersebut.

Mungkin beliau merasa malu untuk meminta maaf secara umum, tetapi Black menerima apa sahaja bentuk kemaafan asalkan niat itu dilakukan dengan ikhlas.

Saya memberi peluang kepadanya sebelum ini untuk meminta maaf secara terbuka, namun dia masih belum berbuat demikian. Setelah difikirkan semula, saya rasa mungkin dia malu untuk melakukannya secara umum.

Jadi, saya akan menerima apa jua bentuk permohonan maaf itu tidak kira secara peribadi menerusi emel ataupun di laman sosial saya. Cukup sekadar, ‘Saya minta maaf’, saya sedia untuk memaafkannya.

Black bagaimanapun tidak teragak-agak untuk menyaman individu itu sekiranya beliau masih berdegil dan tidak memenuhi permintaan Black untuk memohon maaf kepadanya.

Namun, sekiranya dia masih berdegil, saya rasa dia sudah mencabar kesabaran saya dan saya tidak teragak-agak untuk menyaman kerana saya tahu di mana dia berada.

Berikutan penghinaan tersebut, isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi turut mendapat tempias daripada kontroversi ini apabila dia menghadapi tekanan selain emosinya yang terganggu.

Kalau sudah membuat kesalahan dan menghina ciptaan Allah SWT tampil lah dan memohon maaf kepada Black secara peribadi jika anda merasa segan untuk berdepan dengan realiti.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997