Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kit Anti-Histeria Mula Dijual Pada Harga RM8,750

$
0
0

Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkenalkan kit antihisteria yang dapat membantu merawat gangguan makhluk halus yang sering dialami pelajar.

Kit yang mengambil masa tiga tahun untuk dihasilkan dilengkapi peralatan seperti penyepit jari, asid formik, penyembur lada hitam, garam, limau dan cuka yang sering digunakan untuk menghalau makhluk halus daripada terus menganggu pesakit.

Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, semua barang yang digunakan dalam kit berkenaan adalah elemen yang memberi alahan kepada makhlu halus.

“Dalam Al-Quran dan hadis ada dinyatakan mereka ini alah pada benda masin (garam), masam (limau dan cuka) serta yang pedas seperti lada hitam.

“Selain itu, penyepit digunakan untuk menyepit jari mangsa, manakala asid formik berfungsi seperti air panas untuk disemburkan di tempat makhluk halus berada, namun tindak balas asid formik ini lebih baik berbanding air panas,” katanya pada sidang media pelancaran kit antihisteri di Kementerian Pendidikan di sini semalam.

Daing Nasir berkata, seramai tiga penyelidik UMP serta seorang ahli perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam Manarah terbabit dalam penyelidikan dan pihaknya sudah menjalankan percubaan di sebanyak 11 sekolah seluruh negara yang pelajarnya sering mengalami histeria.

“Barang dalam kit itu juga sudah lama digunakan bagi urusan menyembuhkan pesakit, cuma kita memberi sedikit pembaharuan bagi memudahkan urusan. Ia juga patuh syariah serta bebas daripada sebarang perkara yang berbentuk metafizik, tahyul atau khurafat yang menyesatkan,” katanya.

Kit itu dijual pada harga RM8,750 merangkumi kursus dan latihan bagi dua orang untuk menggunakan produk berkenaan, khidmat rawatan pakar jika kes tidak selesai, rawatan lanjut bagi kes kronik, tiga kali isian semula barangan dalam kit, sesi ceramah, kos pengurusan risiko dan keselamatan serta khidmat nasihat atas talian.

Selain itu, UMP mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah Makmal Perubatan Islam bertujuan mengembangkan kajian ilmiah dan saintifik dalam bidang berkenaan.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997