Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(TAKZIAH) Azza Elite Keguguran, Mohon Masa Untuk Bertenang

$
0
0

Pelakon dan penyanyi Azza Elite mengesahkan berita bahawa dia mengalami keguguran hari ini. Bagaimanapun, Azza enggan mengulas lanjut tentang insiden yang berlaku. Jelasnya, ketika ini perasaannya agak terganggu dan berharap semua pihak boleh memahami situasinya.

“Cukuplah saya katakan memang benar saya mengalami keguguran. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Tolong berikan masa kepada saya untuk bertenang.

“Terus-terang saya katakan, perasaan saya benar-benar terganggu kerana banyak pihak yang menghubungi saya bertanya perkara yang sama,” ulas Azza ringkas ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Jika dihitung, usia kandungan Azza sudah pun menghampiri usia enam minggu.

Azza mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Azlan Zulaily pada April lalu. Pasangan ini melangsungkan pernikahan di Masjid Bukit Antarabangsa sebelum diraikan dalam satu majlis resepsi di Bangi, Selangor bersama teman baiknya, Watie Elite dan suami, Joey.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997