Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ikut Kata Tun M Kalau Mahu Harga Minyak Kekal – Tian Chua

$
0
0

Pengekalan harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 dilihat hanya tindakan jangka pendek kerajaan untuk membendung kemarahan rakyat dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan 1 April lepas.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, pengekalan harga itu disifatkan sementara sebelum naik semula pada bulan-bulan mendatang.

“Betul semalam kerajaan umumkan harga minyak kekal namun nanti akan naik semula, harga itu ‘tahan’ sekejap sahaja kerana hendak meredakan kelam kabut dalam isu GST.

“Ia sama seperti isu kad prabayar, sekejap naik, sekejap turun…isu pokoknya masih tidak diselesaikan juga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis, jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa.

Harga itu tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Dalam pada itu kata Tian Chua, pengekalan atau penurunan harga minyak hanya akan menjadi kenyataan bagi jangka masa panjang jika kerajaan mengikut saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai GST.

“Dr Mahathir sudah meminta kerajaan menangguh atau mengkaji semula pelaksanaan GST, selagi ia tidak diikut, bukan sahaja harga minyak akan naik, harga barangan lain juga akan mengalami risiko kenaikan harga sama.

“Jika kerajaan betul-betul ikhlas, ikut saranan Dr Mahathir,” jelasnya.

Pada 1 April, Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit RON97 pada RM2.25 seliter bagi April sudah diambil kira GST sebanyak 6 peratus.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997