Mayat kanak-kanak perempuan empat tahun yang didakwa dibunuh bapanya mungkin tidak akan ditemui kerana mayatnya dipercayai dicincang, direbus dan dibuang dalam tong sampah di seluruh Athens.
Anny Borrisova, warga Bulgaria, dilapor hilang 21 April tetapi dipercayai dibunuh dua minggu sebelum itu.
Laporan mengenai kehilangannya mendorong pihak berkuasa Greece melancarkan gerakan untuk mencarinya di seluruh negara.
Semalam, polis Greece mengesahkan mereka menahan bapanya yang berusia 27 tahun atas tuduhan membunuh dan membuang mayat.
Ibunya yang berusia 25 tahun juga ditahan atas dakwaan membahayakan nyawa kanak-kanak.