Misteri penempuan mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti berhampiran Cyberjaya semalam telah terjawab.
Mayat mangsa, Rosshida Abdullah, 30, ditemui oleh orang awam kira-kira 4.30 petang sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
BACA: (4 Gambar) Mayat Wanita Ditemui Bawah Jambatan Cyberjaya
Sekeping nota yang ditemui bersama mayat mangsa mengandungi luahan hati dan masalah serta tertekan kerana diburu oleh Ah Long selain dari meminta maaf.
Namun, perkara itu dinafikan oleh seorang individu bernama Bebes Enrique Onizuka di laman Facebook.
“Kes dah selesai. Tunang kepada arwah dah ditangkap kat Balai Polis. Nak putar alam tetapi terjerat sendiri. So, kepada semua, nota itu adalah rekaan suspek. Mangsa tiada kaitan dengan Along. Harap tiada yang berputar balik cerita tok (untuk) elakan dari fitnah, sekian,”
“Selepas arwah dijumpai, suspek bersama abang arwah pergi ke Balai Polis untuk membuat tuduhan yang abang ipar arwah yang melakukan. Sedangkan (pada) ketika itu, abang ipar arwah berada di Johor sekitar waktu tarikh kejadian berlaku dan polis menyiasat kepada suspek dan banyak bercanggahan lalu memakan diri sebab banyak berdolak dalih. So, ketika suspek ditangkap, hampir-hampir orang lain teraniaya. Drama like Drama King.