Sel-sel otak penulis sedang berusaha memahami tajuk sebuah artikel di sebuah majalah yang memang tahap pelik bunyinya.
Peliknya ialah kenyataan dari pelakon Nur Risteena Munim Zainul Ilyas yang menganggap pengalamannya menjadi mangsa rogol beramai-ramai ialah satu pengalaman manis.
Ia dibuat Nur Risteena dalam satu majalah hiburan yang gambarnya dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.
Soalnya, mengapa pula bagi dia pengalaman menjadi mangsa rogol beramai-ramai adalah satu pengalaman manis.
Kenyataan itu menjadi tanda tanya besar para peminat industri hiburan tanahair kerana ini kali pertama seseorang yang dirogol beramai-ramai.
Keinginan penulis untuk membaca penuh artikel berkenaan membuak-buak kerana maklumlah tajuk majalah hiburan seperti ini biasanya menikam jiwa dan kalbu.
Penulis rasa, pengalaman itu mungkin hadir dalam babak di dalam drama atau filem lakonannya mungkin kerana keganjilan babak itu.
Kalau diikutkan fikiran normal kita sebagai manusia, memanglah tidak logik untuk berasa manis dalam kejadian dirogol beramai-ramai.
Penulis cuba juga mencari artikel penuh kenyataan Nur Risteena itu tetapi gagal.