Seorang jurugambar cedera dibaling batu penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kejadian di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanah Liat pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Mahathir Mohamad bertugas sebagai jurugambar dari portal KLxpress itu dikatakan cedera di kepala ketika merakamkan keadaan semasa proses pembuangan undi.
Menurut sumber, mangsa dibaling dengan objek keras di hadapan pusat pembuangan undi di Sekolah Rendah Tanah Liat.
Mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut.
Dalam perkembangan berkaitan, satu aksi tumbuk menumbuk dilaporkan turut berlaku membabitkan penyokong PKR dan BN di luar pusat mengundi SMK Guar Perahu pagi tadi.
Terdahulu semalam berlaku pertengkaran mulut yang hampir mencetuskan pergaduhan apabila sekumpulan ahli dan penyokong PAS yang berdemonstrasi menyokong hudud di persimpangan Masjid Kubang Semang diasak dan dihalau oleh penyokong PKR.