“Saya gembira dengan husnul khatimah awak. Selamat berehat di sebaik-baik tempat berehat tunangku,” kata Wan Mohd Ikwan, 28, tunang kepada Nor Artikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Rusia pada Selasa.
Kata-kata itu diluahkan menerusi status Facebook nya kira-kira sejam yang lalu.
Nor Artikah, pelajar perubatan tahun akhir meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sklifosovskogo kira-kira jam 2.30 petang (waktu Moscow) disebabkan komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki.
BACA: (Foto) Nor Artikah Alias, Mangsa Kebakaran Moscow Meninggal Dunia
Allahyarhamah merupakan antara 21 pelajar RNRMU terlibat dalam kebakaran itu yang berlaku di asrama pelajar pada pukul 11.30 malam 23 April lalu.