Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Foto) Jenazah Nor Atikah Selamat Tiba Di Tanah Air

$
0
0

Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Russia pada 22 April lalu, selamat tiba di tanah air, malam ini.

Pesawat yang membawa jenazah Nor Atikah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam dan disambut oleh sanak-saudara serta beberapa kenalan.

Mengiringi jenazah dari Moscow ialah bapanya, Alias Yaacob; ibu, Najihah Mat Jusoh serta tunang Nor Atikah iaitu Wan Mohd Ikwan Wan Ahmad Sayuti.

Van yang membawa jenazah meninggalkan kompleks kargo KLIA pada jam 10.45 malam dan menuju ke kampung halaman arwah di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan dengan diiringi tiga buah kereta yang membawa anggota keluarga.

Ketika ditemui pemberita, Alias berkata, jenazah Nor Atikah dijangka dikebumikan di Kampung Bukit pada 10 pagi esok.

Alias juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam urusan membawa pulang jenazah anaknya ke tanah air, antaranya Wisma Putra, Yayasan Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nor Atikah, 25, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Russia di Moscow meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo akibat melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.

Segala kos untuk membawa pulang jenazah Nor Atikah ditanggung oleh kerajaan Terengganu. Allahyarham adalah pelajar tajaan Yayasan Terengganu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997