“Saya datang untuk satukan kita semua, tiada niat berpolitik,” demikian menurut Faizal Tahir, ketika muncul membuat persembahan bersempena program santai anak muda Pas Selangor di pekarangan Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Serdang Jaya, hari ini.
Menyampaikan lagu popularnya Assalamualaikum dunia, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 37, nampak bersahaja dan berjaya menambat hati anak muda yang menghadiri program tersebut.
“Harap kita semua bersatu,” katanya sebelum memulakan persembahan.
Sementara itu, ketika ditanya tentang usikan juruacara Bob Lokman bahawa Pas adalah menjadi pilihan beliau, Faizal berkata, beliau hanya datang untuk menghiburkan orang ramai.
“Mikrofon dia (Bob Lokman) yang cakap bukan mikrofon saya,” katanya.
Himpunan Pemuda Pas Selangor berlangsung selama dua hari ini menyediakan program hiburan, program ini turut menyelitkan program chit chat bersama Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang, futsal, dan lain-lain.