Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pertandingan Ratu Cantik Pondan Di Miri Dibatalkan

$
0
0

Penganjuran pertandingan ratu cantik untuk golongan pondan sempena sambutan pra-Gawai di Miri dibatalkan, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Keputusan untuk membatalkan pertandingan tersebut, menurut Fatimah, jelas menunjukkan bahawa budaya songsang itu tidak diterima oleh masyarakat di negeri ini dan Malaysia amnya.

“Pertandingan seperti ini tidak pernah diadakan di negara kita sebelum ini melainkan di negara jiran kita Thailand.

“Saya difahamkan bahawa penganjuran pertandingan ini telah dibatalkan dan untuk itu, saya tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan kerana yang pasti ia masih tidak dapat diterima oleh masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Mini Karnival Usahawan Mikro Kebajikan di Plaza Merdeka di sini, semalam.

Sementara itu, penganjuran pertandingan ini telah menerima bantahan keras daripada Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang menyifatkannya sebagai penghinaan kepada masyarakat Dayak.

Susulan itu, Presiden PEDAS Kapten Collin Imran meminta penganjur membatalkan pertandingan tersebut yang dijadual pada 22 Mei ini.

Dalam kenyataannya, Collin berkata apa yang dibimbangkan PEDAS ialah tindakan penganjur boleh mencetuskan tanggapan salah generasi muda terhadap tradisi masyarakat Dayak lebih-lebih lagi menjelang perayaan Hari Gawai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997