Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Saiful Lega Anwar Tarik Balik Saman

$
0
0

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menarik balik samannya terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan atas dakwaan yang difailkan – berniat jahat dengan membuat laporan polis bahawa beliau meliwat Mohd Saiful.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam telah membatalkan saman itu di dalam kamar semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Ranjit Singh mewakili Anwar manakala peguam Zamri Idrus bagi pihak Mohd Saiful dalam kes ini.

Ranjit yang mewakili Anwar memberitahu pemberita, pihaknya menarik balik saman itu kerana asas bahawa reputasi beliau telah dijustifikasikan dengan pembebasannya daripada pertuduhan meliwat itu (telah terbukti dan terbalas dengan pembebasan).

Beliau berkata Anwar tidak berhasrat memfailkan saman baharu, manakala hakim juga menetapkan 9 Oktober untuk mendengar isu berkaitan kos perundangan.

Pada 9 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful (27), di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara waktu 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar (65), dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam masa berlainan, Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Mohd Saiful pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis dengan niat jahat dan untuk mencemarkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Dalam kenyataan tuntutan saman itu, Anwar berkata Mohd Saiful tahu bahawa pertuduhan liwat itu adalah tidak benar tetapi tetap membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.

Beliau mendakwa akibat daripada laporan polis yang dibuat Saiful itu, reputasi beliau telah tercemar dan beliau mengalami penderitaan teruk dan telah diaibkan.

Mohd Saiful, dalam kenyataan pembelaannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu adalah wajar dan sekiranya ia tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan meliwat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997