Lana Nodin sah bergelar isteri kepada David McKenzie dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung kira-kira jam 10.30 pagi di Hotel Palace of The Golden Horses.
Lana telah dinikahkan sendiri oleh ayahnya Hasan Nodin bin Mohd Zaidi.
Mas kahwin yang diterima oleh Lana daripada suaminya ialah USD10,000. Wang hantaran dirahsiakan.
Majlis pernikahan Lana dan David (atau nama Islamnya Daud) telah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terapat sahaja.
Pihak lelaki telah menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang hantaran oleh pihak perempuan.
Selepas perkahwinan ini, Lana Nodin bakal mengikut suaminya yang merupakan seorang jurulatih dan pemain bola tampar Amerika Syarikat.
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Lana Nodin dan Daud McKenzie. Semoga perkahwinan anda kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga dimurahkan rezeki untuk memperoleh cahaya mata. Tahniah!!!