Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pesan Ayam Paha, Pekerja Nando’s Bagi ‘Cibai’

$
0
0

Sudah menjadi piagam pelanggan, keutamaan untuk memenuhi kehendak pelanggan perlu dipenuhi walaupun terpaksa melayan pelbagai karenah mereka.

Namun, lain pula nasib yang menimpa seorang pelanggan apabila diberi layanan biadap oleh seorang kakitangan restoran makanan segera, Nando’s, baru-baru ini.

Menerusi satu keratan resit pembayaran yang kini menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook, ia jelas tertulis perkataan ‘cibai’ sebagai melabelkan kepada pelanggan berkenaan.

Difahamkan, kejadian berlaku di cawangan Nando’s di IOI City Mall apabila pelanggan berkenaan dikatakan meminta bahagian ayam paha tetapi permintaannya ditolak pelayan tersebut.

Sementara itu, menurut laporan Oh Media memetik kenyataan kawan rapat mangsa menyatakan pelayan tersebut yang dikenali sebagai Shaqir dikatakan menolak permintaan tersebut ekoran terlalu ramai pelanggan ketika itu.

Kecewa dengan permintaannya ditolak, pelanggan tersebut sedaya upaya cuba meminta dari pengurus restoran terbabit.

Akhirnya, pelayan berkenaan akur untuk melayan permintaan pelanggan itu. Namun, suami mangsa dikatakan perasan label yang diletakkan pada resit tersebut semasa ingin membuat pembayaran.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997