Seorang pegawai media di Jabatan Penerangan Malaysia maut dalam keadaan mengerikan selepas digilis oleh komuter di Stesen Batu Kantomen, Kuala Lumpur pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, mangsa Anamalay Kandasamy, 67, telah terjun ke atas landasan secara tiba-tiba dan digilis oleh tren dari Batu Caves sehingga badannya terbelah dua.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut.