Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(5 Gambar) Tiga Bulan Kenal, Gadis Melayu Ini Kahwini Jejaka Korea

$
0
0

Kisah percintaan gadis Melayu berusia 23 tahu yang mengahwini seorang jejaka Korea ini pasti membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana yang cemburu dan makan hati dengan kisah cinta mereka.

Kuasa Yang Maha Esa, siapa sangka bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program ‘exchange student’, Fadhi dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin beberapa bulan kemudian.

Namun di sebalik perkahwinan tersebut, banyak cerita menarik dan kelakar yang dikongsikan oleh Fadhi sendiri menerusi laman blognya. Anda semua mesti tersenyum sendiri bila baca nanti. Memang sweet sangat!

Menurut Fadhi selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan Kim memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi.

Ibu bapa Fadhi pada awalnya tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kim namun 3 bulan kemudian mereka berdua melangsungkan pernikahan yang dilakukan secara kecil-kecilan.

Bersanding pun belum lagi sebab masing-masing sibuk dengan pengajian. Ini kisah bagaimana mereka berkenalan.

Menurut bacaan kami di blog Fadhi, dia kini sedang melanjutkan pengajian di Sungkyunkwan University di Korea.

Paling menarik, kalau ada di antara anda yang merancang untuk melancong ke Korea, boleh lah dapatkan harga pakej percutian yang sangat murah dengan Fadhi. Tourist guide gitu.

Sebenarnya banyak lagi kisah perkahwinannya bersama jejaka Korea yang dikongsi oleh Fadhi di blog dirinya. Korang boleh baca sendiri ye. Memang boleh buat kita tersenyum dan tidak boleh berhenti membaca.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997