Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Sekolah Daif, Puad Zarkashi Label Muhyiddin Pemalas

$
0
0

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang didakwa malas turun padang bagi meninjau kemudahan di sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu berkata, para pegawai pendidikan tidak sepatutnya dipersalahkan kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga tidak berbuat demikian.

Beliau meluahkan kemarahan itu susulan beberapa keping yang menunjukkan kedaifan sebuah sekolah di Keningau, Sabah, yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, Muhyiddin yang telah dua penggal menjadi Menteri Pelajaran sepatutnya cepat membela sekolah-sekolah daif terutamanya di pendalam Sabah dan Sarawak.

“Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.

“Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya.

“Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman. Sepatutnya bila TPM jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sama,” tulisnya di Facebook.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997