Bergelar juara untuk persaingan Dewi Remaja edisi 2014/2015 nampaknya mengubah nasib gadis bernama Raysha Rizrose ini selain turut mengubah pendirian beliau apabila mengangguhkan niat untuk meyambung pelajaran dalam jurusan undang undang.
Bercakap kepada mStar Online, Raysha Rizrose mengakui yang beliau sepatutnya menyambung pelajaran di universiti pada Jun ini namun mengambil keputusan untuk mengejar cita cita bergelar selebriti dan menangguhkan pengajian beliau.
“Sebelum masuk Dewi Remaja, saya berhasrat ingin sambung pelajaran pada Jun ini tetapi apabila sudah menang, saya tukar perancang belajar kerana mahu menimba ilmu dan pengalaman dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraan”
“Namun saya saya akan pastikan dalam masa lima tahun lagi saya akan dapatkan ijazah dalam jurusan undang-undang di Taylor’s University,” ujarnya.
Raysha Rizrose yang berusia 18 tahun merupakan juara termuda dalam sejarah penganjuran Dewi Remaja dan beliau mengakui menyertai pertandingan ini kerana mahu mencabar dirinya yang dikatakan pendiam dan bukan sekadar mengejar populariti.