Hubungan percintaan diantara penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bukanlah satu cerita yang baru. Mereka sering dihimpit dengan pelbagai persoalan jika hubungan mereka akan ke jinjang pelamin dan bila pula saat untuk Stacy memeluk Islam.
Terbaru, Akim dalam satu kenyataan kepada portal mStar Online berkata, Stacy kini semakin hampir ke arah untuk memeluk agama Islam dan sedang dalam usaha untuk menerima beliau sebagai suami. Akim juga nampaknya sudah mempersiapkan diri untuk mendidik Stacy agar menjadi seorang muslimah yang sejati. Malah, kedua-dua belah keluarga Akim dan Stacy sudah merestui hubungan percintaan mereka.
“Dia (Stacy) sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua.
“Sebenarnya untuk saya mendidiknya tiada masalah, untuk kata saya ini sempurna tidak juga tetapi hasil daripada didikan yang diberikan oleh keluarga saya, cukup lengkap dan saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat,”
Tetapi kenapa di pihak Stacy tidak banyak yang berbicara lebih-lebih lagi soal cinta. Perkara ini kadang-kadang menimbulkan tanda tanya peminat tentang tahap hubungan Akim dan Stacy.
Apa pun doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Kalau benar Stacy akan memeluk Islam pasti ramai peminat gembira.