Sebelum ini gambar selfie paling ‘win’ di kalangan rakyat Malaysia pastinya jatuh kepada sekumpulan pekerja pembersihan yang sempat mengambil gambar selfie di puncak Menara Kuala Lumpur.
Gambar itu dianggap unik kerana bukan senang orang dapat naik di puncak menara itu sekaligus gambar tersebut menunjukkan keindahan ibu negeri Malaysia.
Bagaimanapun, mereka merupakan golongan profesional yang mengenakan alat keselamatan apabila berada di tempat tinggi dan berbahaya.
Lain pula ceritanya dengan dua individu ini yang begitu berani mempertaruhkan keselamatan diri apabila melakukan selfie di jambatan Putrajaya tanpa mengenakan sebarang alat keselamatan.
Memang tak dinafikan gambar yang diambil mereka ini sangat cantik tetapi harus diingat malang tak berbau.
Oleh itu haruslah sentiasa hati-hati walaupun anda mungkin sedang cuba untuk mencipta rekod sebagai orang pertama yang gigih bergambar selfie di atas jambatan pusat pentadbiran negara itu.