Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Durian Thailand Dicelup ‘Racun’ Untuk Cepat Masak, Tahan Lama?

$
0
0

Hari ini tersebar di laman sosial beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang wanita sedang merendam buah durian dengan larutan berwarna kuning untuk mempercepatkan proses buah itu masak dan tahan lama.

Berdasarkan sebaran itu, ada yang mengatakan ia hanyalah sekadar pewarna untuk mencantikkan buah tersebut agar nampak menarik.

Bagaimanapun mereka tidak dapat pastikan apa peranan sebenarnya air bewarna kuning itu. Adakah ia sejenis bahan kimia atau sekadar pewarna.

Jika betul seperti didakwa adakah ia merbahaya kepada kesihatan kita yang memakannya?

Bagaimanapun, admin sempat mencari sedikit info mengenai aktiviti dan ada terjumpa dalam satu web pertanian persendirian.

Menurut web tersebut rawatan merendam buah durian dalam ‘Larutan Kuning’ dibuat untuk memberikan warna kulit buah durian lebih kuning dan kilat, membunuh segala pathogen pada kulit buah, mempastikan buah akan masak apabila tiba kepada pelanggan dan memberikan ketahanan kepada buah

Ia dikatakan direndam selama 10 minit untuk semua jenis durian yang akan di eksport ke luar negara.

Larutan kuning ini sebenarnya mengandungi Kunyit (Turmeric) dan bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Buah yang direndam tadi disusun diatas para kayu atau plastik dengan bentuk 6-7 lapisan sehingga betul-betul kering secara semulajadi. Lazimnya buah akan kering selepas 3-5 jam selepas direndam. Jika ada sisa larutan masih melekat akan di letakan kipas angin agar dapat dikeringkan sepenuhnya.

Apapun apa yang admin naikkan ini adalah untuk peringatan bersama, kalau sah air tersebut selamat baguslah tetapi kalau ia bahan kimia pihak pihak berkuasa harus berbuat sesuatu kerana dari pencarian admin hanya tahu kunyit dan beberapa bahan lain yang tidak dinyatakan. Apakah bahan yang tidak dinyatakan itu?.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997