Bila aku publish gambar Tok Guru tengah solat nanti ada pencacai kata itu riak dan sebagainya, tetapi apa mesej yang nak di sampaikan ialah sikap seorang pembesar negeri yang turun menyelesaikan permasalahan rakyat. Dengan rendah diri serta tawaduk beliau turun menyelesaikan masalah rakyatnya.
Kisah berlaku di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan bila mana sebuah rumah telah di ganggu oleh kejadian misteri seperti digangu oleh mahkluk halus dengan dinding rumah di jilat api di bahagan tertentu di rumah tersebut.
YAB. Tuan Guru telah meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan ‘api misteri’ di Penambang, Tuan Guru telah solat hajat setibanya sampai di rumah mangsa, moga ikhtiar Tok Guru dengan memohon doa diterima oleh kepada Allah s.w.t.
Menurut sumber gangguan makhluk halus itu mengganggu cucu Zainab Sulaiman, Norfatini Wan Hanafi, ke mana sahaja Norfatini pergi gangguan api akan ada.
Moga berkat solat hajat yg dilakukan TGNA tiada lagi gangguan sebegitu… Aamiin..
YAB. Tuan Guru solat hajat setibanya di rumah api misteri di Kg. Penambang.