Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Wanita Tanggal Baju Dihantar Ke Hospital Bahagia

$
0
0

Bekas model, Persana Avril Sollunda, 32, yang dituduh melakukan perbuatan lucah di tempat awam diperintahkan untuk menjalani penilaian psikiatri selama sebulan.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor memerintahkan Sollunda supaya dimasukkan ke Hospital Bahagia di bawah seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah, bagi menjalani penilaian mengenai pemerhatian dan pemeriksaan mental.

Jika Sollunda gagal hadir di Hospital Bahagia pada Jumaat, ikan jamin akan dibatalkan dan waran tangkap akan dikeluarkan, kata Nur A’minahtul Mardiah.

Sollunda akan menjalani pemerhatian selama sebulan dan perlu menyerahkan laporan psikiatri dari Hospital Bahagia ke mahkamah pada sesi akan datang yang ditetapkan pada 2 Julai.

Tertuduh tidak hadir di mahkamah Jalan Duta untuk sebutan semula kes itu pada pagi Jumaat.

Dia diarahkan oleh Nur A’minahtul Mardiah untuk hadir pada tengah hari.

Peguam Sollunda, Muhammad Nor Izzat Nordin, berkata bahawa dia tidak sihat ketika menjelaskan ketiadaan anak guamnya itu.

Beliau turut menyampaikan surat doktor daripada hospital Sungai Buloh, di mana Sollunda telah menerima rawatan psikiatri berterusan sejak 5 Mei.

Dia dibebaskan sementara dari hospital pada Khamis.

Buat masa ini dia tinggal di rumah adiknya di Kota Damansara.

Sebelum ini Sollunda terpaksa meringkuk dalam penjara selama lapan hari setelah didakwa melakukan perbuatan lucah di Jalan Petaling sebelum dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Sollunda yang berasal dari Sabah dan berketurunan Kadazan itu dibenarkan diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin iaitu adik lelakinya, selepas tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Pada April lalu satu video amatur menjadi viral apabila seorang wanita menanggalkan baju dan mendedahkan payu daranya dipercayai bagi mengelak daripada membayar makanan serta minuman keras di sebuah restoran di Jalan Petaling.

Wanita itu juga dikatakan mabuk selepas minum dua botol arak jenis bir di restoran berkenaan dan telah memarahi pemilik restoran tersebut sambil mengajak bergaduh sebelum menanggalkan baju dan pakaian dalamnya.

Persana Avril atau nama pentasnya, Shana Avril pernah terkenal dalam dunia hiburan tanah air dengan menjadi naib juara dalam program pencarian pengacara Pesona Nona di TV3 pada tahun 2006 selain pernah menyertai pencarian Dewi Remaja pada tahun sebelumnya.

Dia kemudian menyertai dunia peragaan sebelum membina nama sebagai pelakon pada sekitar tahun 2006 dengan membintangi beberapa drama namun namanya tenggelam berikutan kehadiran ramai bakat baharu selepas lebih dua tahun mencuba nasib dalam dunia hiburan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997