Peminat setia Nora Danish pasti menyedari kelibat pengurus peribadi aktres comel ini yang sering kali mengikutinya ke mana sahaja dia pergi menerusi perkongsian gambar di laman Instagram miliknya.
Namun menerusi ruangan gosip dalam sebuah akhbar mingguan hari ini, Nora dikatakan sudah memecat pengurusnya yang dikenali sebagai Nur Hidayah itu hanya menerusi pesanan ringkas WhatsApp tanpa diberi notis 24 jam.
Apa yang lebih menarik, Nora dilaporkan telah melantik teman lelakinya, Nedim Nazri sebagai penganti Nur Hidayah.
Kiranya Nedim kini selain merangkap kekasih Nora, dia turut bergelar pengurus kepada buah hatinya itulah kalau betul cerita tersebut.
Eh, bukan ke Nedim ada kerjaya sendiri iaitu pegawai khas kepada Menteri Pelancongan yang juga merupakan bapanya?
Hmm, tak tahulah sejauh mana kebenaran kisah ni, apa-apa kita tunggu sahaja jawapan balas daripada artis Malaysia yang paling ramai pengikut di Instagram itu ya!