Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Saya Segan Lakon Babak Itu’– Nur Fathia

$
0
0

Belum pun lakonannya dalam Darah Panas ditonton umum, pelakon Fathia Latif mula kepanasan dengan pelbagai isu.

Memegang watak Syahana dalam filem itu, Fathia akui dalam satu babak dia dituntut untuk berada dalam keadaan seolah berbogel.

“Babak itu hangat diperkatakan di media sosial tapi saya mahu jelaskan yang ketika melakonkan babak itu, saya memakai pakaian warna ‘nude’.

“Tidak dinafikan saya segan apabila diminta melakonkan babak itu tapi pengarah meminta semua kru keluar dari set supaya saya selesa melakonkannya.

“Tapi jujurnya untuk melakonkan watak itu sangat berat terutama kena beri gaya seolah buka coli dan seluar dalam,” jelasnya.

Fathia akui babak itu bukan menggambarkan dia melakukan adegan ranjang sebaliknya Syahana dilacurkan selepas diberi ubat khayal.

Dalam babak itu, Fathia turut dibelasah dan dilempar ke katil tanpa menggunakan khidmat pelakon pengganti.

“Sebelum ini saya tidak pernah membawa babak sebegini, seolah-olah saya tidak memakai seurat benang. Masyarakat kena fikir positif apa yang saya lakukan itu untuk menggambarkan remaja naif yang dilacurkan secara paksa.

“Saya yakin penonton sekarang lebih bijak dan terbuka untuk menilai baik buruk sesuatu cerita, cuma saya sedih dengan sikap segelintir blogger yang memuat naik foto orang lain yang dikatakan saya sehingga menimbulkan isu dalam kalangan peminat,” katanya kecewa.

Bagaimanapun, Fathia tidak rasa isu ini sengaja dibangkitkan pihak produksi untuk melariskan filem. Sebaliknya Fathia tetap dengan pendirian tatkala menerima tawaran untuk beraksi ‘panas’ dalam filem Darah Panas kerana jalan ceritanya banyak menekankan isu kemasyarakatan, terutama isu moral golongan muda.

“Saya tidaklah terfikir sampai ke tahap menuduh ia angkara syarikat produksi kerana ia muncul daripada orang bukan produksi. Saya juga sudah jelaskan hal ini kepada peminat di laman Instagram saya.

“Kasihan peminat yang percaya foto dikongsi itu adalah saya, walhal ia manipulasi daripada pihak yang tidak bertanggung jawab,” katanya.

Darah Panas arahan Arjin Uppal dan terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd bakal ditayangkan kepada umum pada 4 Jun ini. Ia filem ketiga lakonan Fathia selepas Nasi Lemak 2.0 dan Hijab dan kali ini berganding dengan Sharnaaz Ahmad.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997