Jumaat ini, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bakal diijabkabulkan. Difahamkan pasangan ini akan bernikah di kediaman keluarga Hanis, di Bukit Jelutong.
Majlis tersebut akan diadakan secara tertutup selepas solat Jumaat sementara majlis resepsi pula pada Ahad, 14 Jun di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Walaupun sibuk, Hanis Zalikha tetap akan memuat naik foto mengenai persiapan perkahwinan untuk peminat-peminatnya.
Seperti yang diberitahu oleh Hanis di laman Instagramnya, pakaian untuk perkahwinannya nanti direka oleh pereka terkenal, Rizalman.
Untuk Hairul pula, dia akan mengenakan sepasang baju melayu moden.
Apa yang pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan hari bersejarah itu nanti.
Jom lihat foto-foto menarik sepanjang persiapan perkahwinan pasangan merpati sejoli ini!