Kami menerima satu lampiran laporan polis tentang seorang pengadu yang membuat laporan Polis kerana rumahnya dipecah masuk. Melalui laporan tersebut, mangsa kehilangan 5 utas jam, 2 bentuk cincin berlian, 3 pasang subang berlian dan juga tabungan anaknya.
Melihat dari senarai jam yang tertulis di atas laporan polis tersebut, jelas mangsa bukan orang biasa-biasa dan berkemungkinan besar telah lama diperhatikan penjenayah atau mungkin juga dilakukan oleh orang yang dikenali.
Gambar yang viral di laman sosial ini juga menimbulkan tanda tanya ramai apabila pekerjaan si pengadu iaitu Penolong Pengarah Kanan 1 SPRM, dikaitkan dengan tahap kemewahan hidup yang dimiliki.
Isu yang sengaja dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pada pandangan kami, ianya tidak patut dijadikan isu. kita tidak tahu asal usul si pengadu, tidak kenal siapa suami pengadu dan tidak tahu apa perniagaan lain yang dijalankan pengadu, untuk itu usahlah melebih-lebih.
Usahlah dengki dengan rezeki orang lain. Apapun memang terkulat kami dibuatnya kerana kerugian sebanyak itu hanya melalui 5 utas jam tangan sahaja.
Semoga mangsa tabah dan lebih berhati-hati selepas ini kerana di kawasan tersebut memang ramai warga asing yang terkenal dengan jenayah mereka sejak sekian lama.