Baru-baru ini jurugambar profesional, Von Wong telah dijemput untuk merakamkan seni bina istana yang tersergam indah di Kuala Terengganu yang mempunyai 100 buah bilik.
Istana yang diberi nama Syarqiyyah, yang bermaksud “Jewel of the East”, direka oleh arkitek Bill Bensley, yang menetap di Bangkok.
Seni bina istana tersebut dihiasi dengan 5000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.
Untuk pengetahuan semua, Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering di Kuala Terengganu ini telah mengambil masa selama 15 tahun untuk disiapkan.
Apa yang pasti seni bina istana Sultan ini adalah yang paling indah yang pernah anda dilihat di Malaysia.
Air pancut dan menara menggabungkan corak Terrenganu tradisional dengan seni bina Alhambra Islam.
Tiang gaya Alhambra menghiasi masjid baru Istana Diraja Syarqiyyah Kuala Terengganu.
Setiap satu daripada 100 bilik di Istana Syarqiyyah adalah berbeza-beza, membuatkan mustahil untuk anda jumpa jalan pulang.
Kegemilangan seni bina Afrika Utara bersama perabot yang dipilih dengan teliti di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu.
Reka bentuk seramik dan dinding bergabung untuk mencipta seni bina di dewan bankuet di Istana Syarqiyyah , Kuala Terengganu.
Pemandangan indah diwaktu senja di Istana Kuala Terengganu.
Pemandangan taman maze di istana menunjukkan pengaruh Arab- Islam yang dominan dalam seni bina Istana Syarqiyyah.