Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Berita Palsu Pesawat Firefly FY2072 Terhempas Di Kelantan

$
0
0

Pada jam 8.35 malam tadi, Jabatan Bomba dan Polis Kelantan menerima panggilan daripada saksi yang melihat insiden letupan kapal udara komersial milik Firefly di Gua Musang, Kelantan.

Pihak PDRM bagaimanapun mengesahkan setakat jam 11.30 malam tiada kapal terbang jatuh atau terhempas di Gua Musang. Usaha pihak Bomba mencari dan menyelamat di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang petanda atau kesan serpihan pesawat terhempas.

Tinjaun terkini mendapati pesawat Firefly Dari Subang Jaya ke Kota Bharu dengan kod FY2072 telah disahkan selamat mendarat tanpa sebarang musibah pada jam 10.25 malam.

Laporan Panggilan Saksi Mendakwa Pesawat Terhempas Di Gua Musang

PDRM Kelantan menerima panggilan mendakwa kapal terbang jatuh dialamat Block 7 Kampung Lata Manis Gua Musang pada jam 8.35 Malam malam tarikh 03/06/2015. Maklumat pada jam 11.30 Malam mengatakan pihak bomba telah sampai dilokasi kejadian tetapi tidak menjumpai kapal terbang yang terhempas.

Berita Palsu Pesawat Firefly FY2070 Terhempas

Menerusi laman applikasi sosial Whatsapp, tersebar kononnya pesawat Firefly FY2070 terhempas di Gua Musang Kelantan. Namun, tinjaun menerusi portal Firefly mengesahkan bahawa Firefly FY2070 telah selamat mendarat.

Pesawat Firefly FY2070 Disahkan Selamat Mendarat

Pesawat Firefly FY2070 telah disahkan selamat mendarat dari Subang Jaya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada jam 10.25 Malam.

Laporan Terkini Tiada Pesawat Terhempas Di Gua Musang Kelantan

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997