Khabar angin mengatakan minuman Red Bull haram, tersebar di media sosial.
Menurut satu posting di Facebook, ia mendakwa minuman pemberi tenaga itu mengandungi Taurine yang diperbuat daripada ‘asid haiwan’ dan badan haiwan yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.
Menerusi makluman rasmi Redbull Malaysia, Taurine yang digunakan bukanlah berasal daripada haiwan seperti lembu jantan dan sewaktu dengannya. Taurine yang digunakan hanya dihasilkan secara sintetik oleh Syarikat Farmasi dan tidak melibatkan bahan daripada haiwan.