Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Foto) Mayat Dua Mangsa Terakhir Gempa Bumi Sabah Ditemui

$
0
0

Dua mangsa gempa bumi di gunung Kinabalu, Jumaat lalu, yang dilaporkan hilang ditemui dalam bentuk cebisan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati dua individu yang dilaporkan hilang sudah ditemui dalam bentuk cebisan seperti tangan, kaki, kepala dan perut.

“Siasatan mendapati cebisan ini adalah dua individu yang dilaporkan hilang iaitu Mohamad Ghazi Mohammed, 35, warga Singapura dan Navdeep Singh Jayral Raj Kumar, 12, warga Singapura.

Gambar Navdeep Singh Jayral Raj Kumar (kiri) dan Mohamad Ghazi Mohammed.

“Dengan penemuan dua mayat terakhir ini, operasi mencari dan menyelamat (Op Gempa) diisytiharkan dihentikan berkuat kuasa,12 tengah hari ini,” katanya.

Menurutnya, 18 mayat sudah dikenalpasti dan daripada jumlah itu, 16 mayat sudah dibedah siasat.
“Mayat yang sudah bedah siasat iaitu 10 mayat dari Singapura, empat dari Sabah dan dua lagi mayat dari Semenanjung.

“Dualagi mayat belum dibedah siasat iaitu dari China dan Jepun kerana menunggu waris datang untuk pengecaman,” katanya dalam sidang media.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997