Seseorang menteri bukannya tuhan daripada syurga yang tidak boleh ditegur, kata Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam responsnya terhadap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengugutnya supaya tidak mencampuri politik negara.
Tunku Ismail mempertahan tindakannya menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atas dasar dirinya sebagai pemimpin rakyat Johor dan Malaysia.
“Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.
“Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIAKebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah…
Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, June 14, 2015