Konsep takrifan atau definisi maksud kegiatan ekonomi tugasan Geografi PT3. Bagi tugasan PT3 Geografi 2015, calon dikehendaki membuat kajian tentang kegiatan ekonomi penduduk iaitu jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian.
Objektif pertama kajian adalah mentakrifkan kegiatan ekonomi. Takrifan kegiatan ekonomi boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka seperti di bawah. Sila tukar nama kawasan kajian jika anda bukan tinggal di Telok Panglima Garang.
Definisi Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian.
Rujukan: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.