Kisah seorang lelaki warga emas yang menjadi pengemis menggunakan kostum Winnie The Pooh mengundang simpati orang ramai di Indonesia.
Suardi yang berusia 74 tahun itu terpaksa bekerja keras demi menyara kehidupannya walaupun pernah mengidap strok dua tahun lalu.
Menurut laporan tempatan Indonesia, Suardi dikatakan tinggal di daerah Driyorejo Sidoarjo dan sering dilihat mencari rezeki dengan meminta simpati orang ramai di kawasan Lippo Mall Sidoarjo yang kira-kira 28km jauh dari tempat tinggalnya.
“Setiap kali saya bertemu Bapak Suaedi. Beliau selalu menangis.. Saya tidak tega melihat kondisi beliau.. Beliau tidak pernah memakai helm itu kerana memang sudah tidak mampu menahan beban berat helmnya itu.. Semoga dinas sosial segera merawat Bpk. Suaedi,” tulis Vita Anggraeni di laman sosial.
Setelah kisah kehidupannya menjadi viral, Suardi berjaya mendapat wang pemberian orang ramai sehingga 500 ribu rupiah (RM140) sehari.