Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Melampau! Lelaki Dicaj RM392 Parking Di KL Sentral

$
0
0

“Kali pertama dalam sejarah hidup aku. Bayar parking sama dengan bayar sebulan kereta. KL Sentral untuk 5 hari, 4 malam. Ingatkan ada daily limit,”

Demikianlah sangkaan Fairuz Selamat, namun tersilap langkah lalu terpaksa membayar jumlah yang banyak hanya untuk perkhidmatan letak kereta selama 5 hari, 4 malam.

Jika difikirkan, jumlah itu agak besar namun ia adalah caj standard yang dikenakan oleh pengusaha parking di kawasan hotspot.

Gambar yang dimuat naik oleh Fairuz 22 jam yang lalu itu tersebar meluas di laman Facebook dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Tidak kurang juga yang memberikan cadangan agar melaporkan tiket itu hilang dan hanya perlu membayar denda puluhan ringgit sahaja.

“Viral pula kes tiket ini. Okay, memang selalu saya park di TBS sebab dulu RM3, sekarang RM4 sehari.

“Tetapi hari itu, saya bawa banyak barang sebab outstation selama 5 hari dan sebab itu saya nak check in luggage dan kotak-kotak itu di KL Sentral. Kalau tak, memang dah pergi ke TBS atau Putrajaya Sentral dan sayang ingatkan di KL Sentral ada daily limit. Sebab situ hub pengangkutan awam kan.

“Tetapi nasi sudah mengalur menjadi RM392 tu. Makan maggie belah 6 lah den,” katanya.

Perkara seperti ini boleh dielakkan jika perjalanan itu dirancang dengan teliti dan ambil tahu berapa kadar sehari parking di sesebuah tempat berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997