Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Wanita Dipaksa Pakai Tuala Sebelum Dibenar Masuk Hospital

$
0
0

Seorang gadis berseluar pendek terpaksa memakai tuala bagi menutup kakinya sebelum dibenarkan memasuki Hospital Sungai Buloh.

Kejadian itu berlaku pada 16 Jun lalu ketika wanita berkenaan datang ke hospital berkenaan untuk melawat pesakit.

Kejadian itu dikongsikan oleh wanita berkenaan di laman sosial Facebook.

” Terpaksa meminjam tuala pesakit untuk melawat pesakit* Insiden ini berlaku di Hospital Sungai Buloh pada 16/6/2015.. Pada masa saya sampai di pintu masuk beberapa orang pengawal menghalang saya dan berkata * kamu tidak boleh masuk kerana mamakai seluar pendek. Saya tiada pilihan, bapa saya terpaksa pergi ke wad dan meminjam tuala pesakit bawanya kepada saya, dililit menutupi lutut, hanya selepas itu pengawal berkenaan membenarkan saya masuk.”

“Pengawal itu berkata, ini arahan dari kementerian kesihatan..”

“Semua wanita, sila ambil perhatian untuk tidak memakai apa-apa pakaian di atas paras lutut jika melawat Hospital Besar Sungai Buloh..,” tulisnya.

Seorang pegawai di Hospital Sungai Buloh mengesahkan insiden itu, lapor Malay Mail Online.

Pada Isnin, dua wartawan akhbar New Straits Times Press (NSTP) telah diarah memakai sarong jika mahu memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di Shah Alam kerana memakai pakaian singkat di atas paras lutut.

Sebelum ini, sewaktu seorang wanita dipaksa memakai sarong ketika berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak mematuhi peraturan pakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997