Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Baru Berniaga Bazar Dah Nak Jadi Gangster’

$
0
0

“Baru berniaga bazar Ramadan dah nak jadi gangster,” begitulah kritikan netizen terhadap beberapa peniaga bazar Ramadan yang berkelakuan kasar terhadap dua lelaki Mat Salleh pada petang tadi.

Dalam kejadian itu, Mat Salleh berpakaian kemas itu dikasari oleh beberapa orang peniaga Bazar Ramadan Damansara Damai sehingga berlaku adegan tolak menolak menyebabkan dua lelaki berkenaan terpaksa beredar kerana tidak mahu keadaan bertambah buruk.

Difahamkan, dua lelaki berkenaan pada mulanya mahu mengeluarkan kereta mereka dari tapak baazar. Namun terhalang apabila peniaga bazar telah membuka khemah mereka di sekeliling kawasan kereta tersebut.

Menurut sumber, dua lelaki berkenaan cuba meminta peniaga terbabit memberikan laluan. Malangnya tidak dilayan dan diherdik sehingga menimbulkan adegan tolak menolak kerana peniaga terbabit berang dua lelaki itu didakwa cuba menganggu mereka dari berniaga.

Ni nak meniaga ke nak jadi along kawasan?? Malu la tengok orang Islam takde akhlak macam ni..dah la bulan Ramdahan.

Posted by Wowberita (Official) on Monday, June 22, 2015

Video kejadian itu berjaya dirakam oleh pengunjung bazar berkenaan yang juga turut menjadi batu api agar peniaga terbabit membelasah dua lelaki itu.

Video berdurasi 56 saat itu dikecam hebat oleh netizen yang menganggap tindakan peniaga yang terlibat tidak bertamadun dan memalukan imej Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat yang bersopan santun dan baik hati.

Tidak kurang juga yang mendakwa peniaga itu lebih mementingkan wang berbanding budi bahasa terhadap orang luar berkenaan yang dilihat tidak melawan, sebaliknya mereka akur dan pergi begitu sahaja.

Ekoran itu, netizen meminta orang ramai memboikot gerai peniaga berkenaan kerana berang dengan sikap biadab dan kasar mereka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997