Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Boleh Pakai Apa Saja, Asalkan Jangan Bogel’– Adun DAP

$
0
0

Orang ramai boleh memilih apa sahaja yang ingin dipakainya ketika berurusan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara Ng Sze Han.

Mereka bebas memakai pakaian sama ada menutup aurat, kasual, skirt pendek bahkan jika ingin berpakaian gimrama turut dibenarkan.

Larangan hanya dikenakan kepada mereka yang bertelanjang kata wakil rakyat DAP itu dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya.

“Pusat Khidmat Kinrara melaksanakan tiada larangan berpakaian. Anda dialu-alukan datang dengan skirt pendek , seluar baju tanpa lengan dan apa sahaja yang kamu rasa selesa dipakai selagi tidak telanjang.
“Kamu tidak disediakan sarong dan tuala untuk menutupinya.

“ Kami hormati kebebasan anda dan kebebasan anda berpakaian,” tulisnya.

Status itu kemudian mendapat pelbagai reaksi.

“Semua benda korang nak jadikan issue !! Kalau ko pergi parti pun ada dress code. Ko pergi club pun ada dress code.. Tak der pulak korang komplen.. Ini kita mintak berpakaian sopan jer.. Buatlah open dialog to define “pakaian sopan” Bukan buat benda bodoh dan tak senonoh!,” komen Halim Kamaruzaman


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997