Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah menghantar satu tweet mengenai kenaikan harga minyak dan kehadiran orang ramai di restoran ayam goreng KFC.
Katanya, dakwaan yang disifatkan tidak masuk akal itu dibuat bagi memburuk-burukkan namanya susulan perubahan harga minyak bermula 1 Julai.
“Ini tweet palsu daripada orang yang tidak betul dan cuba memfitnah.
“1 Jun saya tidak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, ia bulan puasa,” katanya.
Catatan itu turut dimasukkan sebagai posting terbaharu di laman Tweet Ahmad.
Pada pagi Rabu, tersebar di beberapa portal dan laman sosial mengenai tweet Ahmad yang menyebut ‘Minyak naik 10 sen tetapi ramai di KFC’.
Namun, tarikh yang tertera pada tweet itu adalah 1 Jun dan bukan 1 Julai.