Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Uqasha Senrose Bakal Keluar Tudung Jenama Sendiri

$
0
0

Sudah menjadi kebiasaan apabila ada selebriti sudah berhijrah untuk bertudung, pasti akan ada jenama tudung di bawah nama mereka sendiri. Malah Uqasha Senrose sendiri tidak terlepas daripada melancarkan tudung sendiri selepas Aidilfitri ini.

“Bukan ikut trend, saya rasa tak salah sesiapa sahaja yang mahu memulakan bisnes yang dah sedia ada. Kalau ada orang jual kuih, dan kita juga mula jual kuih, takkan nak dikatakan kita tiru orang itu. Rezeki masing-masing”

“Kalau kuih kita sedap orang akan beli. Dalam hal tudung juga saya ambil konsep yang sama. Saya tak mahu bermusim, sebab itu saya akan mula keluarkan selepas hari raya ini. Kalau kita buat menjelang hari raya nanti orang anggap ia bisnes bermusim”

“Saya mahu buat bisnes yang panjang dan berterusan bila-bila masa tak terikat untuk sambutan raya sahaja,” kata Uqasha kepada Mangga Online selain menyatakan dia turut gembira melihat kejayaan adik beradiknya yang lain di dalam industri hiburan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997