Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, hari ini mengumumkan penubuhan parti baru berteraskan Islam ke arah mewujudkan Pakatan 2.0.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja parti baru yang belum dinamakan berkata, parti itu akan mendokong Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.
“Kami komited untuk membawa tawaran Islam sebenarnya rahmat untuk semua dalam membela rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, semua ahli PAS tidak akan keluar parti selagi parti baru belum ditubuhkan.