Pelakon Nur Fazura baru-baru ini tampil berselendang tetapi tidak menutupi sepenuhnya bahagian rambut. Tetapi okay la kan dari tidak menghormati langsung bulan Ramadhan ini. Disebabkan bertudung separuh muncul kritikan dari pelbagai pihak termasuklah ‘adik’ Neelofa sendiri.
Mungkin ramai yang pelik kenapa Fazura tidak bertudung penuh seperti artis lain tetapi baginya tujuan tersebut adalah untuk menghormati bulan Ramadhan.
“Setakat ini, saya berselendang hanya untuk menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, selebihnya saya berserah di masa akan datang,”
Isu ini muncul selepas Fazura sering dilihat tampil dengan imej sopan apabila mengenakan selendang setiap kali keluar tidak kira majlis berbuka puasa mahupun bersama rakan-rakannya. Humm ingatkan ini tanda-tanda awal Fazura akan bertudung rupanya disebabkan perkara lain.
Apabila disentuh tentang berhijab penuh selepas ini Fazura hanya meminta mendoakannya yang terbaik sahaja.
“Saya tidak berani untuk menjanjikan apa-apa tetapi saya harap doakanlah yang terbaik untuk saya,”
Siapa sangka suatu hari nanti Fazura akan bertudung seperti artis berhijab yang lain. Hidayah itu milik Allah, kita sebagai hamba harus doakan yang baik-baik untuk pelakon dan penyanyi ini. Jangan asyik nak mengkritik sahaja, buruk padahnya nanti. Sekurangnya Fazura cuba untuk menjadi insan yang lebih baik. Tak gitu?