Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(16 Gambar) Kronologi Rusuhan Di Plaza Low Yat 12 Julai 2015

$
0
0

Sekurang-kurangya lima individu cedera dalam kekecohan yang berlaku berhampiran Plaza Low Yat lewat malam tadi. Tiga daripada mereka membabitkan wartawan dan jurugambar.

Insiden dipercayai bermula apabila peserta perhimpunan bantahan aman yang datang pada jam 6.30 petang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pasukan polis susulan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Plaza Low Yat sehari sebelum itu.

Kronologi Rusuhan Di Plaza Low Yat 12 Julai 2015

11 Julai 2015: Sabtu

– Remaja berusia 22 tahu ditahan, dipercayai terlibat dalam pergaduhan.

– Video pergaduhannya menjadi viral di media sosial.

12 Julai 2015: Ahad

– Ratusan berkumpul di Plaza Low Yat kerana tidak puas hati insiden pada Sabtu di mana rakan mereka ditahan polis.

– Mereka bersurai selepas satu jam berkumpul.

13 Julai 2015: Isnin (12.05 pagi – 1.45 pagi)

– Perusuh bertindak menyerang mangsa dengan topi keledar berhampiran sebuah hotel.

– Letupan kedengaran dipercayai mercun

– Polis selamatkan mangsa dan menggunakan senjata untuk halang perusuh.

– Polis dan FRU dikejarkan ke lokasi untuk mengawal keadaan

– Semua laluan masuk di Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang ditutup.

13 Julai 2015: Isnin (2.05 pagi)

– Polis arah orang ramai bersurai dan beri jaminan keadaan terkawal

– Polis dan FRU kekal berada di lokasi kejadian.

– 4 suspek ditahan kerana cuba membuat provokasi.

– 3 cedera termasuk seorang wartawan.

13 Julai 2015: Isnin (10 pagi)

– KPDNKK turun padang membuat tinjuan di Plaza Low Yat


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997