Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Laman FB & Twitter Rasmi PDRM Digodam ‘IS Malaysia’

$
0
0

Laman sosial, Facebook milik Polis Diraja Malaysia digodam oleh kumpulan yang menggunakan nama ‪#‎AnonGHost‬ pada Isnin.

Setelah mengambil alih Facebook itu, kumpulan tersebut menukar gambar profil yang kelihatan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Sekeping gambar dengan perkataan ‘Khilafah Has Returned’ turut dimuat naik dalam laman Facebook itu.

Penggodam turut memuat naik entri bertajuk Viva Islamic State yang memaparkan gambar satu kumpulan bersenjata menyerupai kumpulan militan IS.

Selain itu, satu entri yang bertajuk #‎AnonGHost‬ Was Here yang turut dikongsi ramai pengguna Facebook, dimuat naik penggodam tersebut.

Beberapa minit kemudian, PDRM mengesahkan Facebook rasminya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dimaklumkan bahawa aman FB rasmi PDRM telah digodam oleh pihak yang X B’TANGGUNGJAWAB. Sebarang maklumat yang dikeluarkan selepas ini TIDAK BENAR. Tk,” twit PDRM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997